10.18.2011

bukan busy body tapi........

Aduhhh....luruh jantungku melihat video budak 2 tahun yang kene langgar kat Beijing tu...perasaan sangat terganggu disebabkan video tersebut. Dimana letaknya perikemanusiaan. KEJAM!!!tak nak citer pasal ni lagi sebab nanti sedih lagi hu hu hu...........


Sekarang nak cerita pasal 3 orang lelaki

Lelaki 1: Status twitternya selalu berkaitan dengan memperjuangkan islam, mengingatkan orang tentang solat 5 waktu dan sebagainya tentang islam tetapi bila aku kenal familynya, aku jadi menyampah sebab isterinya tak pakai tudung siap keluar pakai short+sleeveless lagi....kot yer pun semangat memperjuangkan islam tolongla islamkan wife awak tu dulu...sibuk dok menegur orang lain....orang yang paling dekat tak tertegur.... I TAK SUKA LELAKI MACAM NI!!!! kira lelaki ni macam artis-artis yang yang comment pasal hukum hudud tu la.....ishhhh....


Lelaki 2: Kat office fuhhhh alim dan bergelar seorang haji. Selalu forward hadith2 nabi dan sebagainya....Alhamdulillah... Kira alim la ni siap jadi part time mengkaji sejarah islam....tapi ada scandal....asyik berkepit jerrr dengan GF. I bukan fitnah okayyy....si lelaki ini pernah bagitahu ai dia nak kawin lagi tapi bukan dengan current GF, dia nak kawin dgn previous GF dia tapi tak jadi sebab mendapat tentangan yang hebat dari keluarga perempuan tu. last 3-2 years back punya Aidilfitri i terserempak dengan dengan wife dia tengah shopping kain kat Nagoya and bila i balik office, si lelaki ini sibuk dok tanya i kat mana nak beli and tempah baju kurung...mestila kat GF dia kan sebab wife dier pergi cari sendiri kain baju dorang semua untuk satu keluarga. Setelah 2-3 kali visit rumah dia, aku rasa wife dia bukannya ada masalah besar tapi aku rasa si lelaki ni memang suka ada perempuan diluar yang boleh caring pasal dia...ermmmm.... Lelaki sekarang ni, bila nak kawin....katanya ikut sunnah nabi tapi belum berpoligami dah nampak ketidakadilannya so macamana? ini terjadi pada orang yang aku rasa celik ilmu agamanya.....yang tak celik ilmu lagi laaaa kannn.....

Lelaki 3: Lelaki ini juga berpelajaran tinggi.....over the sea gak la dia menuntut ilmu tapi bab-bab jaga hati mak bapak ni kureng sikit. Aku yang dah takde mak bapak ni sensitif sesangat kalau orang buat mak bapak kecik hati sebab dorang tak rasa lagi macamana hidup dorang tanpa doa ibubapa especially doa dari seorang ibu....lost okayyy....cuma nak cakap pada lelaki-lelaki yang bergelar seorang anak dan suami, keutamaan yang paling utama adalah IBU bukannya ISTERI dan kepada isteri lelaki terbabit harusla dorong suami mereka untuk menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang anak, kalau korang ada anak pompuan je takpe la tapi kalau dah ada anak lelaki, anak lelaki korang buat macam suami korang buat kat ibu dorang macamana? Faham tak apa ai merepek ni....renung-renungkan dan selamat beramal yerrrr..:)

Okay sambung keje....sekarang ni big big boss takde, big boss takde dan boss kecik pon takde so email pon tak banyak masuk.....

Excited nak buat entry pasal rumah tapi tak tahu nak mula dari mana...setakat hari ni, table top completed, tambah belakang completed, plaster ceiling 60% work in progress and malam ni nak gi SCI nak confirm design kitchen cabinet sebab Ahad hari tu dorang dah datang ukur

6 cakap-cakap:

h-huda said...

I rasa lelaki 1 dan 2 tuh tak sabar nk beramal tak sempat nak renung diri senirik.

Rose said...

Huda: Harap-harap lepas ni dorang renungkanla diri dorang tue..he he he

Leonora Halim said...

saya sgt setuju yg no3 ittiewwwww.... tanggungjwb anak lelaki sgt besar terhadap maknya walaupun dah berkeluarga sendiri... kita binik2 ni kena sedar diri... kalo tak, besok2 anak lelaki kesayangan kita wat kita camtu.. mahuuuu???? *emo gak* ahahhah...

Rose said...

Kak Leo..zaman sekarang dah terbalik.....last-last ibu si anak lelaki tu yang berkecil hati seorang diri...arghh sedih!

dbalkis said...

setuju Wanrose...laki2 ni mcm2 perangai..semoga kita semua dapatlah hendaknya menjaga diri dan lelaki2 kita sebaiknya..:-)

Rose said...

Tu Dayang...peringatan untuk diri sendiri jugakkkk