10.25.2011

I LOVE YOU.....

I love you soooo much....




Sekarang umur Nabil dah 4tahun 6bulan...dah besar dah anak mama...kadang-kadang sekarang ni mama rasa sedih sangat sebab Nabil dah makin besar dan mama makin tak larat nak dukung Nabil. Lagi 2-3 tahun Nabil sendiri tak mahu mama dukung Nabil kannnn.....




Mama suka sangat bila Nabil cakap "Nabil saaaaayang mama" bila mama tengah marah. Terus mama rasa dah tak nak marah for whatever reason



Mama suka sangat dan terharu bila Nabil cakap "Mama jangan nangis tau" bila setiap kali mama tengok gambar arwah nenek pastu Nabil terus cakap "Nabil pun rindu nenek ko ko' jugak"






Mama suka sangat bila Nabil jaga adik, Sumayyah. Nabil suapkan makanan bila Mayya cakap "aammmm". Nabil pimpin tangan Mayya bila Mayya dah nak sampai tangga setiap pagi masa mama&papa tengah siap-siap nak pergi kerja sebab Nabil takut Mayya jatuh. Nabil sentiasa mengalah dengan Mayya walaupun kadang-kadang Nabil tak mahu



Mama suka bila mama balik kerja, Nabil ikut kemana sahaja mama pergi walaupun waktu tu ada cerita cartoon best kat TV



Mama juga suka bila Nabil nak pakai baju, seluar dan sikat rambut sendiri serta Nabil cakap "Mama, Nabil dah tak nak pakai pampers sebab Nabil dah besar" :)



Mama bersyukur Nabil dah pandai sebut "Alhamdulillah" bila bersin, baca doa makan setiap kali nak makan, boleh baca Al-Fatihah walaupun mama&papa tak pernah focus untuk ajarkan Nabil...Nabil pandai baca Al-Fatihah sejak ikut mama&papa gi solat terawih hari-hari puasa hari tu. Mama bersyukur Nabil sudah mula mengenali Allah dengan solat, dengan kejadian-kejadian disekeliling macam hujan, banjir, matahari. Ya Allah...aku bersyukur Ya Allah...Mama setiap hari doakan Nabil semoga Nabil menjadi anak yang soleh...menyintai Allah & Rasul, menghormati mama&papa dan menjadi pepimpin keluarga yang bertanggungjawab kepada adik-adik



Nabil & Maya terlalu istimewa bagi mama........



Sumayyah,
13bulan pertama bersama dengan Mayya, sangat sangat memberi erti pada mama. Mayya hadir waktu mama betul-betul perlukan seseorang. Arwah nenek menyahut panggilan Ilahi waktu Mayya 4 bulan dalam kandungan mama. Walaupun waktu tu mama tersangat-sangat sedih tapi mama cuba kuatkan semangat demi Mayya. Mama risau kalau-kalau ada perkara yang tak baik menimpa Mayya. Sejak hari tu, hanya Mayya peneman mama berbicara tentang nenek. Waktu traffic jam, mama akan usap-usap perut mama sambil bercerita pasal nenek....yess mama nangis setiap hari seorang diri bersama Mayya sampai Mayya dilahirkan....Mama lahirkan Mayya 2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Waktu yang sangat getir bagi mama, pertama kali mama bersalin, berpuasa dan menyambut hari raya tanpa arwah nenek. Mama tak tahu apa akan jadi pada mama kalau Mayya tak hadir dalam hidup mama waktu tu. Waktu tu mama dah tak berapa sedih lagi sebab mama dah banyak fokus pada Mayya. Alhamdulillah, tanpa sebarang kesulitan mama dapat menatap wajah mama kali pertama pada 8.9.10 jam 11 malam.....


Ya Allah, Kau Maha Adil...2007, Kau berikan aku Nabil dan Kau ambil arwah ayahku....2010, Kau berikan aku Mayya dan Kau ambil arwah ibuku...betapa sempurnanya ciptaan-Mu ya Allah....


Mama harap, anak-anak mama akan jadi anak-anak yang soleh & solehah dan dapat hormati mama&papa waktu kami hidup dan dapat doakan kami setelah kami tiada........aminnnn

4 cakap-cakap:

MAYA said...

so sweet lah Nabil..

syukur atas nikmat yg diberi. :)

dbalkis said...

Wanrose, sangat sayu baca ni tapi betul Allah maha adil.. Subhanallah..

Inty Winty said...

Trharunya baca, bergenang air mata I. stay strong..

cacah said...

take care wan rose. ;) rindunya kat mu...